Wholly owned and managed by Diana Zairan Avenue (SA0224537-T)

Friday 6 December 2013

Peplum set -Nursing Fishtail Peplum and Baby Fishtail Peplum

Tempahan 'custome made' utk blogger linbutterflynn and baby sofea. Thanks a lot krn memberi kepercayaan utk buat baju raya kamu berdua.

Kadar upah utk baju mommy rm100 n baju baby rm50. Sekali material tambah RM125. Features tambahan baju mumy adalah puff sleeve (top n bottom of sleeve) + nursing (2 zips) + cut 6 skirt + waist ribbon.

Tempahan boleh adjust mengikut bajet dan rekaan yang dimahukan.

Monday 10 June 2013

Kurung Moden Renda Tampal + Kain Godet



Ini adalah warna kegemaran saya, soft blue match with lilac purple.

'Lace' ditampal di bahagian bahu , bawah baju. Tambahan features seperti 'ruffles' di bahagian bawah baju, butang balut lengan dan belakang, dan kain godet. Rekaan seperti dalam gambar adalah tanpa manik.

Upah untuk rekaan yang sebijik seperti ini adalah RM350. Material seperti kain dan lace tambah RM250. Bagaimanapun, tempahan boleh ditambah atau dikurangkan features mengikut bajet dan rekaan yang dimahukan.

Thursday 22 November 2012

Memilih Warna Busana Pengantin

* Ini adalah tips cum pendapat/cadangan.

Sebelum memilih warna tema kamu digalakkan untuk menentukan konsep perkahwinan kamu. Selalu orang keliru antara tema dan konsep.

Tema - merujuk kepada warna
Konsep - merujuk kepada persekitaran yang akan diwujudkan cth : Tradisional, Modern English, Garden , Bollywood etc

Sebagai contoh, untuk konsep tradisional, warna2 terang selalu menjadi pilihan, manakala konsep modern english, warna2 pastel digunakan.

Kalau kamu nak foto perkahwinan kamu sentiasa 'evergreen', cuba ikut tips berikut:

1) Pilih warna2 pastel iaitu warna2 lembut spt offwhite, peach, baby pink, champagne, soft teal dsb
2) Pilih warna selain dari warna pelamin dan baju family kamu tetapi sesuai dengan warna tema
3) Pilih fesyen yang tak terlalu sarat.

Sekian utk tips kali ini.

Monday 3 September 2012

Tips Memilih Lace


Lace atau kain renda ada bermacam-macam jenis. Contoh: 'French lace' atau renda perancis sangat popular digunakan untuk busana pengantin. 'Cord lace' ada yang bermanik, bersulam dan sebagainya.

Untuk lebih memahami 'lace', sila google dan buat rujukan sendiri. Bagaimanapun, di bawah saya senaraikan lace yang biasa digunakan/ yang biasa disebut:

1) Panel lace
Panel lace biasanya didatangkan dalam panel. 1 panel biasanya 2.5 mtr. Ciri-ciri panel lace ni biasanya ada 'border' dan bordernya ada rumbai-rumbai. Harga panel lace bermula dari RM150 ke atas. Jika anda nak tempah baju nikah siap dengan 'veil' / layah, eloklah ambil panel lace. Lebihan bunga dari panel lace ini boleh dibuat veil. Selain itu, pilih panel lace yang 'border'nya teratur dan simetri serta bunga yang sekelompok2 sebab ia senang digunting dan digayakan tampalannya.

2) Lace Meter
Lace jenis ini boleh dipotong mengikut berapa yang anda mahu, 1 meter, 1.5 meter dan sebagainya. Harga lace meter bermula dari RM30 ke atas. Biasanya corak lace meter yang agak murah, coraknya tidak simetri dan susah dipotong sebab bercantum antara satu sama lain. Tetapi kalau pandai cari, ada juga lace meter yang murah, coraknya senang digunting dan digayakan tampalannya.  Manakala lace meter yang agak mahal sedikit, biasanya coraknya senang digunting dan digayakan tampalannya. Jika anda ingin menggunakan lace yang sedikit untuk baju sahaja atau veil sahaja digalakkan guna lace meter ni.

3) Border lace
Border lace berukuran lebih kurang 1 kaki lebar. Selalunya mempunyai 'double border'. Ketika mula-mula diperkenalkan, border lace adalah terhad kepada french lace dan bermanik yang digunakan untuk busana pengantin sahaja. Sekarang, border lace boleh didapati dengan harga murah iaitu RM 60 semeter. Border lace boleh dibeli secara bermeter. Biasanya 1.5 meter dah cukup untuk sepasang baju. Bagaimanapun, ianya bergantung pada corak border lace.

NASIHAT PENTING :

1) Tentukan fesyen anda sebelum membeli lace.
2) Untuk 'patching' : i) amat digalakkan memilih lace jenis 'cord lace'/ corded
                               ii) Pilih corak lace yang mudah dipotong dan ditampal